Istilah Jawi


Tulisan jawi mempunyai beberapa istilah yang perlu difahami oleh pembaca untuk mereka mahir dalam perihal jawi. Antara istilah pada kali ini ialah HOMOGRAF….

Homograf

Homograf merujuk kepada dua kata atau lebih yang sama ejaan tetapi
berlainan maknanya. Homograf juga boleh berlaku serentak dengan
homonim (bunyi sama), misalnya jaga (bangkit) dengan jaga (pengawal
keselamatan) yang sama bunyi dalam sebutan baku. Homograf banyak
berlaku dalam tulisan Jawi kerana sistem tulisan Jawi hanya menggunakan
empat huruf vokal berbanding dengan enam huruf dalam tulisan Rumi.
Bagaimanapun terdapat beberapa cara yang digunakan untuk
mengelakkan homograf berlaku terutama dengan menambah huruf alif
pada bunyi [a].


Penghindaran Bentuk Homograf

Berikut ialah rumusan Ismail Dahaman (1991) tentang penghindaran
bentuk homograf dalam PEJYD.

“...Pengejaan kata dasar dwisuku dalam PEJYD telah menampilkan
dua rumusan yang memberi manfaat kepada sistem ejaan Jawi ini
dan penggunaannya dari segi mengurangkan bentuk homograf
dengan tujuan untuk menghindarkan kekeliruan bacaan dan
pengenalan makna kata. Dua rumusan tersebut ialah (i)
penghapusan homograf yang mempertentangkan vokal [a] dengan
pepet; dan (ii) penghapusan homograf yang mempertentangkan
vokal [i] atau [e] dengan diftong [ai], serta yang mempertentangkan
vokal [u] atau [o] dengan diftong [au].

i. … Homograf dihapuskan bagi membezakan bunyi diftong [ai]
dan [au] dengan bunyi vokal [i] atau [e] dan [u] atau [o].
Ditetapkan diftong dieja dengan alif-ya [ai] dan alif-wau [au]
yang dibezakan daripada vokal ya [i] atau [e] dan wau [u] atau
[o]. Contohnya: Homograf yang dieja ڬولي bagi guli dan gulai
dieja semula menjadi: = guli = gulai

ii. Homograf dikurangkan dengan cara membezakan ejaan bagi
kata yang berlainan maknanya, iaitu khusus bagi kes homograf
yang mempertentangkan vokal [a] dengan vokal pepet.
Contohnya: Homograf لنتيق bagi lantik dan lentik dieja semula
menjadi:    ڬولاي ڬولي  = lantik  = lentik
Pengemasan yang dibuat ialah dengan menggunakan huruf alif
sebagai lambang bagi vokal [a] di suku kata tertutup untuk
membezakannya daripada vokal pepet yang tidak dilambangkan
dengan huruf....”

Berdasarkan PEJYD di atas, ejaan bagi mengelakkan homograf
antara diftong dengan vokal amat sesuai dan tidak mengelirukan kerana
ia melibatkan penambahan alif ke atas semua bentuk diftong /ai/ dan
/au/. Namun, ejaan bagi mengelakkan homograf antara perkataan berpola
KaKKV(K) dan K↔KKV(K) seperti lantik dan lentik di atas, masih
mengelirukan kerana ia hanya melibatkan penambahan alif pada
perkataan yang homograf sahaja.

Selain daripada dua bentuk homograf ejaan lazim di atas, terdapat
beberapa bentuk homograf lain yang sering menimbulkan kekeliruan
kepada pengguna, iaitu homograf dalam ejaan mengikut hukum kaf dan
ga, lampau hukum luar darlung, dan ejaan tradisi.

i. Homograf dalam hukum kaf dan ga

Hukum kaf dan ga ialah hukum yang melibatkan kata yang berakhir
dengan bunyi /ka/ atau /ga/ dalam bahasa Melayu jati. Huruf kaf dan ga
pada akhir kata tersebut tidak diberi lambang alif melainkan jika berlaku
homograf atau menimbulkan kekeliruan seperti ketiadaan huruf vokal
لنتيق لانتيق

Jawi Rumi Jawi Rumi

beg bega bek beka cek ceka dek deka etik etika lega liga fizik fizika harmonik harmonika
بيڬ بيك هرمونيكا

pada suku kata praakhir, misalnya teka (   تكا ), lega ( لڬا ), dan sega  ( سڬا)
(licin berkilat).

 Ejaan ini adalah selaras dengan ejaan lazim bagi perkataan
peta, kena, kera, bela dan sebagainya. Menurut PUEJBM huruf alif
digunakan untuk membezakan kata dwisuku dengan kata ekasuku atau
dua kata yang berbeza maknanya seperti berikut:

Berdasarkan contoh yang dinyatakan dalam PUEJBM di atas,
didapati tidak banyak masalah yang timbul, kecuali pasangan kata lega
– liga kerana kedua-duanya berakhir dengan bunyi /a/.

Kekeliruan ini berlaku kerana kata lega (tunduk) amat jarang digunakan dan tidak
diketahui umum. Selain itu, terdapat juga bentuk homograf yang masih
dikekalkan seperti pasangan kata bank bangka yang dieja . بڠك
Masalah ini dapat diselesaikan jika bank dieja بڠ ك seperti ejaan dalam
Daftar Ejaan Rumi – Jawi (2002), sebagaimana teks dieja تيك س , golf
dieja ڬول ف , tanpa menyambung dua huruf konsonan rangkap akhir kata.

Ejaan sebegini sesuai dengan sistem fonologi bahasa Melayu yang tidak
membenarkan kehadiran konsonan rangkap dalam satu suku kata. Sistem
ejaan kaf dan ga ini perlu dihadkan kepada sistem ejaan kata Melayu
jati sahaja. Oleh itu, kaedah ejaan ini tidak termasuk kekecualian
disebabkan masalah homograf seperti di atas, kata serapan seperti giga
yang dieja ڬيڬا , akronim seperti tabika yang dieja تابيكا dan kata nama
khas seperti Afrika yang dieja .افریكا

Selain itu, Matlob (2003: 90) membezakan ejaan perkataan jaga
dengan dua cara. Perkataan jaga bagi maksud bangkit atau awas dieja
جاڬ , tetapi jaga bagi maksud sejenis pekerjaan (pengawal keselamatan)
dieja جاڬا . Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan mengapa hal ini
berlaku. Namun begitu, semasa sebutan baku dimansuhkan oleh jemaah
menteri kabinet pada tahun 2000, Matlob berpendapat bahawa sistem
ejaan Jawi yang berdasarkan sebutan baku boleh dikembalikan kepada
bentuk asalnya (Utusan Malaysia, 2 Februari 2000). Ini bermakna
perkataan jaga seharusnya disebut dengan dua cara seperti sebelumnya,
iaitu [ja.g↔] dan [ja.ga], dan ditulis dalam tulisan Jawi dengan dua cara
juga sebagaimana yang telah disarankan oleh Matlob di atas.

ii. Homograf dalam hukum luar darlung

Bagi menjelaskan homograf jenis ini, maka hukum darlung dan luar
darlung perlu dijelaskan terlebih dahulu.