Friday, May 6, 2011

Kajian Sejarah Jawi

PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DAN APLIKASINYA

DALAM MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA

Oleh: Mohd. Alwee bin Yusoff * M.A

adalah pensyarah di Akademi Pengajian Islam,

Cawangan Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan

Jurnal Usuluddin, Bil 21 [2005] 23-38

Abstract

The article attemps to compare the two scripts of the Malay

language, Arabic and Roman, and their role as the scripts of the

language since the historical past to the present day. This shift of the

scripts especially from Arabic to Roman finds it consequence in the

change of the words form as well as their meanings. The shift of the

scripts resulted in change of morphology and semantic, especially if

the word is a loan word from a foreign language such as Arabic.

PENGENALAN

Kehadiran Islam ke Alam Melayu pada abad-abad lampau sekaligus membawa

bersamanya abjad tulisan Arab, iaitu yang menjadi induk kepada tulisan Jawi

Melayu dan abjadnya. Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan 'Dunia

Melayu' yang bersejarah kerana kehadirannya ke rantau ini menjadi titik tolak

pemisahan dari zaman gelap jahiliyah yang menyelubungi bangsa Melayu ke

zaman terang-benderang, sama ada dari segi agama mahu pun kebudayaan.

Jadi, bagi orang Melayu mempelajari Tulisan Jawi bukan suatu yang sukar,

kerana ia bukanlah baru dalam masyarakat Melayu, bahkan orang Melayu sejak

dari kecil lagi telah mengenali tulisan ini melalui pengajian al-Qur'an berbanding

dengan tulisan Rumi yang dibawa oleh penjajah Barat pada abad ke-15 Masihi.

Walau bagaimanapun, tulisan Rumi mempunyai nilai ekonominya yang tinggi

kerana telah menjadi tulisan yang digunakan oleh pemerintah sehingga

menyebabkan ia mengatasi tulisan Jawi.

Dalam artikel ini, penulis ingin membuat perbandingan antara dua skrip

tulisan Melayu, iaitu tulisan Jawi dan tulisan Rumi dan peranannya sebagai

skrip Melayu sejak dahulu sampai hari ini. Ini dirasakan amat perlu kerana ia

berkait rapat dengan perubahan bentuk kata dan maknanya terutama apabila

berlaku perubahan ejaan daripada Jawi ke Rumi kemudiannya. Kelainan ejaan

menimbulkan kelainan pula pada bentuk kata dan makna dalam sesuatu bahasa

itu. Lebih-lebih lagi jika perbendaharaan kata itu adalah kata pinjaman dari

bahasa asing seperti Bahasa Arab. Perubahan ejaan daripada yang asal Bahasa

Arab kepada ejaan dalam tulisan Jawi dan seterusnya ke tulisan Rumi Melayu

ini sekurang-kurangnya melibatkan aspek morfologi dan semantik.

TULISAN JAWI

Tulisan Melayu huruf Arab atau lebih dikenali sebagai 'Tulisan Jawi' telah

lama wujud dan digunakan sebagai tulisan rasmi Melayu, iaitu sejak abad ke

14 Masihi atau sebelumnya bahkan menurut Kang Kyong Seoek,1 dapat

dikatakan Sejarah Melayu bermula dengan tulisan Jawi, iaitu serentak dengan

kelahiran kerajaan-kerajaan Islam yang silam. Makam-makam Diraja Melayu-

Islam yang terdapat di Pasai, Acheh, Daya dan Geresik (Jaya) yang diperbuat

daripada batu pualam yang bertulisan huruf-huruf Aram,2 jelas membuktikan

hakikat ini.

Batu bersurat yang bertarikh tahun 702H/1303M yang menggunakan

tulisan Jawi sepenuhnya itu menunjukkan bahawa tulisan Jawi berusia hampir

700 tahun lamanya. Selama kira-kira 200 tahun ia berkembang selaras dengan

perkembangan agama Islam.3 Sejak berdirinya Kerajaan Perlak (225H/840M),

pendidikan Islam mendapat perhatian yang penting dalam pembangunan mental

dan fizikal negara, sehingga pada zaman Kerajaan Acheh (1511-1650M), agama

Islam menguasai masyarakat Acheh dan menjadi jiwa bagi semua bidang

kehidupan rakyat, sama ada ekonomi, sosial dan seni budaya. Pada masa itu,

semua rakyat Acheh telah dapat membaca al-Qur'an, kitab-kitab dan hikayathikayat

yang ditulis dalam bahasa Melayu, bahasa Acheh dan Bahasa Arab,

semuanya adalah dalam skrip Jawi.

Bagaimana pun, selepas kedatangan orang-orang Eropah ke Tanah Melayu

pada dekad-dekad berikutnya, tulisan Jawi mulai digunakan seiring dengan

tulisan Rumi. Kemudian, ada usaha gigih dibuat oleh ahli-ahli bahasa untuk

mengetepikan tulisan Jawi dan sekaligus menjadikan tulisan Rumi sebagai

tulisan rasmi negara.4 Sejak itu, tulisan Jawi mulai tergugat kedudukannya

sebagai tulisan utama bagi seluruh Kepulauan Melayu amnya dan Tanah

Melayu pada masa itu khasnya, lebih-lebih lagi setelah pengisytiharan 'Akta

Bahasa Kebangsaan' pada tahun 1963. Sungguhpun akta tersebut tidak

melarang secara langsung penggunaan tulisan Jawi, tetapi kesannya amat besar

terhadap penggunaan tulisan Jawi dan perkembangannya, di mana dari segi

praktis orang-orang Melayu mulai meninggalkan tulisan Jawi, dan akibatnya

mereka kian hari kian kurang memberi perhatian terhadap tulisan Jawi

sehinggalah tahun 1984. Pada tahun 1985 Kementerian Pelajaran Malaysia pada

ketika itu telah menyedari kepentingan warisan 'Dunia Melayu' yang paling

berharga itu, lalu pihak berkenaan mula mewajibkan pelajaran tulisan Jawi di

sekolah-sekolah rendah agama.5 Selepas itu, tulisan Jawi mulai diberi perhatian

semula oleh masyarakat Melayu, terutamanya oleh badan-badan bahasa dan

persuratan Melayu. Seminar demi seminar telah diadakan,6 malah rencana demi

rencana di akhbar7 muncul sebagai usaha untuk menghidupkan semula tulisan

Jawi dan meletakkannya pada kedudukannya yang sebenar.

Walaupun terdapat usaha yang telah dilakukan, tetapi ia kurang berkesan

kerana ramai anak-anak muda dan orang-orang dewasa yang telah buta Jawi

akibat dari sistem itu. Untuk mengembalikan semula keagungan Tulisan Jawi,

ia memerlukan masa yang lama dan perancangan yang rapi dan bersistematik

serta usaha yang berterusan bermula dari peringkat pra-sekolah, sekolah dan

universiti. Jika tidak, impian untuk mengembalikan semula zaman

kecemerlangan tulisan Jawi pada kedudukannya yang sebenar tidak akan

tercapai. Pada tahun 1993, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

ketika itu, Dato' Dr. Abdul Hamid Othman telah mengemukakan satu saranan,

di mana beliau telah menyatakan:

Di Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia), Angkatan Sasterawan 50 (ASAS

50) telah menghantar satu memorandum kepada kerajaan bertarikh 27 Mac

1954 dengan mengemukakan pelbagai alasan bagi menunjukkan kelebihan

tulisan Rumi dan tulisan Jawi sebagai media persuratan Melayu.

Kang Kyong Seock, Ibid.

Antaranya ialah Konvensyen Tulisan Jawi di Terengganu, Anjuran Yayasan

Islam Terengganu dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada 8-11

April 1984, juga Persidangan Dan Pameran Tulisan Jawi, anjuran Perpustakaan

Negara, Muzium Negara Dan Kementerian Kebudayaan Dan

Warisan, bertempat di Auditorium Jabatan Muzium Dan Antikuiti, Kuala

Lumpur pada 6 Mac 2006.

Lihat tulisan Hasbiha, "Ramai tidak pandai baca jawi", Berita Harian, 2

September 1988.

Pusat Islam akan menyarankan kepada Kementerian Pendidikan dan

Universiti supaya mewajibkan penguasaan bacaan dan tulisan (Jawi)

sebagai permarkahan bagi mendapatkan Ijazah 'Pengajian Melayu'.

Sejak tahun lalu (1992) kerajaan memperuntukkan kira-kira RM24

juta setiap tahun untuk merancang pelbagai program pembangunan

bagi menyebarkan penguasaan Tulisan Jawi di kalangan generasi

muda peringkat sekolah

Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 26 juta untuk

melaksanakan program pemulihan Jawi menerusi galakan membaca di seluruh

negara untuk tahun 2006-2010. RM 25 juta akan digunakan untuk galakan

membaca, sementara selebihnya lagi untuk penyelidikan dan perisian komputer

Jawi. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Serf Utama Dr. Rais

Yatim telah menyatakan:

la membuktikan kementerian bertekad mahu menyelamatkan Jawi, di

samping menghidupkan pembudayaan ilmu dan bahasa yang kini kian

pupus dalam. masyarakat.

PENGGUNAAN TULISAN JAWI

Tulisan Jawi bukan sahaja pernah menjadi tulisan utama di Semenanjung

Tanah Melayu, Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Selatan Thai, tetapi

juga di Sri Lanka (bagi rumpun Melayu).

Sungguhpun pada mulanya Tulisan Jawi bercampur-aduk antara abjad

Arab dan askara Hindu seperti yang didapati pada prasasti yang ditemui di

Minye Tujuh Acheh yang bertarikh 1380 Masihi,10 tetapi selepas itu

digunakan abjad Jawi sepenuhnya.

Sejak wujudnya alat cetak, peranan tulisan Jawi semakin bertambah, di

mana ia digunakan pula oleh penerbit akhbar-akhbar, majalah-majalah, dan

penulis buku-buku dan risalah-risalah dalam bahasa Melayu. Sri Lanka, sejak

tahun 1869 Masihi lagi telah menerbitkan sebuah akhbar Melayu (Jawi) iaitu

Alamat Langkapuri.

Sejak itulah Tulisan Jawi digunakan secara menyeluruh bagi menulis kitabkitab

agama, karya-karya sastera, buku-buku, risalah-risalah dan juga prasasti,

termasuk juga surat-surat perjanjian dengan negara-negara luar. Pada zaman ini,

tulisan Jawi yang menggunakan abjad Arab terbukti kemampuannya menjadi

media ilmiah, peradaban, komunikasi, pentadbiran dan politik. la digunakan

dalam penulisan buku-buku ataupun kitab-kitab, akhbar-akhbar, majalahmajalah

yang diterbitkan, malah warta-warta kerajaan, perutusan-perutusan,

perjanjian-perjanjian dan pemasyhuran rasmi kerajaan juga adalah dalam tulisan

Jawi.

Oleh itu, sejak ia mula digunakan sehingga abad ke 20 Masihi, Bahasa

Melayu telah menghasilkan tidak kurang daripada 10,000 naskhah manuskrip

Jawi, termasuk teks-teks undang-undang tubuh kerajaan-kerajaan negeri

hingga kepada teks-teks 'Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah

Melayu' pada 2 Ogos 1957. Jumlah itu belum termasuk 200 naskhah Melayu

di Sri Lanka, surat-surat yang berkaitan dengan pentadbiran Negeri-Negeri

Melayu Yang Tidak Bersekutu dan teks-teks Pentadbiran Inggeris di Sarawak.

KEPENTINGAN TULISAN JAWI

Kepentingan Tulisan Jawi sukar dinafikan oleh sesiapa. Seseorang yang ingin

menyelidik tentang kesusasteraan, kebudayaan dan masyarakat Melayu

khasnya, bahkan agama Islam dan perkembangannya di Alam Melayu amnya

memerlukan pengetahuan tentang tulisan Jawi. Ini kerana terdapat manuskripmanuskrip

lama Melayu yang begitu banyak, sama ada yang telah diteroka dan

dirumikan atau yang baru diteroka dan dirumikan," ataupun yang masih belum

memaparkan berbagai-bagai aspek yang berkaitan dengan kebudayaan dan

tamadun Melayu dan agama Islam, di mana semuanya adalah dalam tulisan

Jawi.

Walaupun sistem Tulisan Jawi yang mewarisi segala ciri tulisan Arab ini

telah jauh terlepas daripada peraturan yang mendasari tulisan Arab, namun ia

tetap mempunyai asas sistem tulisan Arab sehingga orang yang menguasai

tulisan Jawi lebih mudah mempelajari bahasa Arab dan menyenangkannya

mempelajari al-Qur'an.12

ANTARA BUNYI ARAB DAN BUNYI MELAYU

Dalam hubungan ini, terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-duanya, di

mana bahasa Arab tidak ada konsonan '£_' (ng), '^T (ny), '£_' (c), '.j' (p),

'u^'Cg) danjuga vokal 'e' dan 'o'. Sungguhpun bahasa Arab tidak

mempunyai huruf-huruf di atas, tetapi hakikatnya kebanyakan huruf-huruf itu

ada dalam sebutan bahasa Arab. Keadaan ini hanya diketahui melalui ilmu

Tajwid.

Di samping itu, bahasa Melayu yang digunakan sebelum orang-orang

Melayu menerima Islam tidak ada konsonan '£_' ('ayn), '£/ (ghayn), 'i'

(dhal), 'y (zay), 'J>' (syin), V' (sad)' 'u*' (dad)' V fta'), 'Jj' (?a') dan

V (hamzah), namun demikian bunyi '£_' ('ayn) dan '£_' (ghayn) ada dalam

penuturan (sebutan) bahasa daerah khasnya di bahagian Utara Semenanjung

Malaysia.

Berhubung dengan perkataan yang berulang-ulang sebutan hurufnya, iaitu

huruf pertamanya senyap, tidak berbaris yang dalam bahasa Arab disebut

'tasydid' seperti perkataan 'madarrah' (pengulangan 'ra') yang dalam Bahasa

Melayunya 'mudharaf, ia tidaklah secocok dengan lidah Melayu meskipun ia

boleh dituturkan.13 Keadaan yang sama juga terdapat dalam tulisan Melayu yang

dieja dalam tulisan Rumi, perkataan-perkataan yang menyamai fonem-fonem

'£' (nga) dan 'Je>' (ga), di mana digandakan fonem-fonem 'nga' untuk '£_'

dan 'g' untuk 'J»'. Misalnya 'langgar', 'hinggap', 'manggis', 'menggigil',

'menanggung', 'menenggelam' dan sebagainya.14 01 eh itu, pada dasarnya

orang Melayu sememangnya berupaya menyebut huruf-huruf Arab dengan

betul mengikut prinsip-prinsip fonemik Arab, meskipun berlaku perubahan

bentuk kata dari segi morfologinya.

Apabila bangsa Melayu menganut Islam, sekaligus segala abjad Arab

menjadi huruf-huruf tulisan orang-orang Melayu malah mereka dapat

menyebut segala huruf itu dengan baik dan betul samalah seperti mereka

menyebut dan menerima konsonan V dan 'y' dari fonem-fonem Latin.

TULISAN RUMI: ABJAD, FONEM DAN EJAAN

Tulisan Rumi berasal dari tulisan Latin yang menjadi tulisan seragam bagi

bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dan kini penggunaannya

begitu meluas sekali. Sejarah tulisan Rumi di Nusantara bermula dengan

kedatangan Poitugis ke Melaka pada tahun 1511 Masihi15 yang sekaligus pula

membawa agama Kristian ke rantau ini. Penerimaan tulisan Rumi sebagai

skrip tulisan Melayu merupakan suatu kejayaan proses Kristianisasi dan

sekularisasi terhadap16 penduduk Alam Melayu, iaitu seperti yang berlaku di

Malaysia dan Indonesia. Tulisan Rumi berasal daripada abjad tulisan bangsa

Tuscan moden, iaitu satu bangsa yang muncul lebih awal daripada bangsa

Rumawi. Bangsa ini tinggal di Tuscany moden di daerah tengah Itali, tetapi

memandangkan bangsa Rumawilah yang memberikan bentuk terakhir kepada

tulisan huruf ini, sehingga kini tulisannya dikenali sebagai 'Tulisan Rumi'.

Abjad Rumi berasal daripada abjad Etruscan iaitu yang berkembang kirakira

pada tahun 600 S.M. Ini dapat dikesan dari skrip Etruscan, Greek,

Phoenisia dan abjad Semetik yang digunakan di Syria dan Palestin pada tahun

1100 M. Kemasukan abjad Etruscan dalam bahasa Latin mungkin pada abad

ke-7 S.M. Ini berdasarkan kepada satu inskripsi yang bertarikh pada abad ke-

7 S.M. yang bertulis 'MANIOS MED FHEFH-KED NUMASIOP (Bahasa

Latin klasik: MANIUS ME FECIT NUMERIO', iaitu 'Manius Made Me For

Numerius'). Bagaimanapun, dalam inskripsi lain yang ditemui pada abad ke-

6 S.M. kemudiannya, iaitu yang dibaca dari kiri ke kanan,17 ia sama seperti

abjad tulisan Rumi Melayu.

Pada masa dahulu, abjad/fonem tulisan Latin atau Rumi ini semuanya

dalam huruf besar (MAJUSCULES). Manakala huruf-huruf (manuscules)

baru dicipta kemudian, iaitu dengan mengubah huruf-huruf purba dengan

menghapuskan sebahagian daripada huruf itu, contohnya 'h' berasal dari 'H'

dan 'b' dari 'B' ataupun dengan memanjang sebahagian huruf yang sama,

contohnya 'd' hasil dari 'D' yang dipanjangkan (dan diterbalikkan)

bentuknya.

Selepas penaklukan Greek ke atas beberapa negeri di Eropah pada abad

pertama Sebelum Masihi, sejumlah besar fonem-fonem Greek telah dipinjam

oleh bahasa Latin. Pada waktu itu, simbol-simbol fonem 'y' dan 'z' telah

diambil dari abjad Greek dan ditambah pada abjad Latin menjadikan 23 abjad

semuanya. Setelah itu, beberapa tarnbahan baru dilakukan pada zaman

pertengahan dan setelah itu, dapat ditentukan dan dibezakan antara nama-nama

abjad dan jenis-jenis bunyinya (antara fonem-fonem 'u', V, T dan 'j' yang

diperkenalkan oleh bangsa Normandy bagi bunyi Inggeris 'w' (semi vowel)

dapat dibezakan dari V), maka, akhirnya abjad Rumi berjumlah 26 fonem

semuanya, iaitu:

A a, B b, C c, D d, E e, F f, G g, H h, I i, J j, K k, L 1, M m, N n,

O o, P p, Q q, R r, S s, T t, U u, V v, W w, X x, Y y dan Z z.

Antara fonem-fonem itu, enam daripadanya vokal (huruf saksi) iaitu: a, e

(taling), e (pepet), o dan u. Manakala yang baki, iaitu yang terbanyak adalah

konsonan (huruf benar). Antara fonem-fonem itu ada yang mempunyai

padanan selari dengan fonem Jawi dan ada yang tidak pasti padanannya dan

ada yang memerlukan dua fonem bagi mengimbangi satu fonem Jawi.

Tulisan Rumi, seperti juga bahasa-bahasa lain yang menggunakan hurufhuruf

latin telah melalui proses perkembangannya yang tabi'i sebelum ia

menjadi lengkap dan mantap sehingga ia mampu menyahut segala cabaran

dunia moden.

Menyorot kembali ejaan Rumi Melayu, dari segi sejarah didapati sarjanasarjana

Eropah pertama kali menulis bahasa Melayu dengan menggunakan

ejaan Rumi, meskipun pada mulanya dilakukan secara perseorangan tetapi

kemudiannya dilakukan secara beramai-ramai. Nama-nama seperti Willian

Marsden,19 W.G Shellabear,20 R.J Wilkinson21 dan S.R Winstedt22 semuanya

merupakan peneroka-peneroka awal perkamusan Melayu. Kemudian barulah

diikuti oleh Pendeta Za'ba dari kalangan sarjana-sarjana Melayu.

KAEDAH TULISAN RUMI MELAYU

Garis kasar kaedah tulisan ejaan Rumi Melayu telah dirintis oleh R.J Wilkinson

pada tahun 1902 dan kemudian digunakan dalam kamusnya 'Kamus Melayu-

Inggeris' dan sebahagiannya dalam kamus-kamus lain, kecuali kamus yang

diterbitkan oleh W.G Shellabear pada tahun 1902 dan 1916. Sejak itu, bukubuku

Melayu yang dicetak di Tanah Melayu waktu itu adalah mengikut kaedah

ejaan tersebut dengan sedikit pindaan sahaja. Kaedah yang sama juga diikuti

oleh Pendeta Za'ba dalam bukunya 'Daftar Ejaan Melayu', cetakan tahun

1941 dan 1949; dan kemudian kaedah ini juga digunakan dalam 'Pelita Bahasa

Melayu' Penggal 1, cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,

1964.23

Kaedah inilah yang digunakan di sekolah-sekolah Melayu di Tanah Melayu

selama berpuluh-puluh tahun. Kemudian, setelah pemergian Za'ba, maka

perubahan demi perubahan dibuat terhadap ejaan Rumi, tetapi perhatian makin

19 William Marsden (1812), A Grammar of The Malay Language, Cox and

Baylis London.

20 W.G. Shellabear (1899), A Practical Malay Grammar, Singapore: American

Mission Press.

21 R.J Wilkinson (1954), A Practical Modern Malay Dictionary, London.

22 S.R Winstedt (1957), An English Malay Dictionary, Singapore: Kelly &

Walsh.

23 Za'ba (1964), Pelita Bahasa Melayu, Jil. 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, hh. 49-79 dan Petua-petua Ejaan Rumi Melayu di Malaya, h. 1.

kurang diberikan perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa Arab. Ini

jelas terbukti dari usaha-usaha yang dilakukan terhadap ejaan Rumi berikutnya.

Dalam kaedah ejaan Za'ba, misalnya didapati tanda-tanda khas bagi hurufhuruf

'£_' dengan ' f' dan '£_' dengan 'J' pada suku kata awal. Dengan

demikian dapat dibezakan antara ' J*p' iaitu 'amalan' atau pekerjaan dengan

amal iaitu cita-cita; juga antara '£' dengan ' J' pada perkataan 'iwo' yang

membawa makna 'sesuatu yang baik' atau 'sesuatu yang menyenangkan'

dengan perkataan 's^gj' yang bererti 'bala', 'bencana' atau 'celaka', iaitu

dalam erti yang sebaliknya, meskipun padanan ' j' dengan 'k' kurang tepat.

Oleh itu ternyata Za'ba tidak dapat membezakan antara huruf ' £,', ' a', V,

' g' iaitu yang berada pada suku kata awal atau pada suku kata akhir bagi

perkataan-perkataan seperti **y (hormat), liju (hidayah) dan «.l>j (waba'),

walaupun tiap-tiap huruf Arab dalam mana-mana suku kata tidak semestinya

tidak dikekalkan sebutan (ejaannya). Tetapi demi keseregaman ejaan dengan

sebutan (kefasihannya) bahkan agar dapat dipelihara keaslian bentuk kata dan

maknanya dalam bahasa Arab yang melibatkan aspek-aspek morfologi,

sintaksis dan semantik, maka seeloknya kaedah fonemik Arab diikuti agar orang

Melayu dapat menyebut perkataan-perkataan Arab24 dengan betul khasnya

yang melibatkan istilah-istilah agama yang menyentuh soal ibadat dan akidah.

Sementara itu, Wilkinson juga seperti Za'ba memberi hak ejaan yang betul

kepada huruf-huruf Arab '£/ dan '£,' dengan transliterasinya seperti berikut:

a) Fonem '£_' padanan 'a pada suku kata awal, contohnya: Sat* ('adat),

('adil) dan

b) Fonem ' £.' padanan h pada suku kata tengah contohnya:

(Mahmud) dan hx** (Muhammadiyah).26

c) Fonem ljfi' padanan s pada suku kata tengah contonya: j^» (Misr)

dan a-^j (wasiyah).27

24 Engku Ibrahim Ismail & Abdul Ghani Shamsudin (1988), 'Bahasa Baku: Satu

Sorotan', Kertas Kerja Seminar Bahasa Melayu dan Pembangunan Insan,

Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling

Jaya, Selangor, 14-16 Oktober 1988, h. 30.

25 R.J Wilkinson (1903/1985), Manuskrip Klasik Kamus Jawi-Melayu-Inggeris,

Melaka: Penerbitan Baharudinjoha Alai, hh. 437-439.

26 Ibid, hh. 642-643.

27 Ibid, hh. 648-649 dan 679.

Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya Dalam Masyarakat Islam di Malaysia

Sungguhpun Wilkinson seorang sarjana Barat yang mempunyai motif

tertentu dalam penulisannya tetapi beliau lebih memelihara keaslian tatabahasa

Arab dan ia berjasa besar terhadap perkembangan bahasa Melayu dan

tulisannya dengan tidak menyekat keseragaman ejaan Jawi dengan ejaan Rumi.

Penggunaah kaedah ejaan yang dibuat oleh para sarjana silam dan hari ini

serta oleh institusi-institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka tidak digunakan

secara seragam. Media tempatan nampaknya masih tidak memberi perhatian

yang sewajarnya terhadap istilah-istilah Arab ini. Oleh itu, penyelarasan dan

keseragaman ejaan, serta transliterasi yang betul amat diperlukan untuk

menyelesaikan masalah merumikan huruf grafen Arab kepada fonem Latin

atau Rumi.28

PENYELARASAN EJAAN

Dalam usaha untuk menyelaraskan ejaan Rumi antara kedua negara serumpun

(Malaysia dan Indonesia contohnya), maka jawatankuasa demi jawatankuasa

telah ditubuhkan antara negara-negara di rantau ini, misalnya Jawatankuasa

Ejaan Malindo yang telah ditubuhkan dan telah beberapa kali mengadakan

pertemuan. Kali pertama pertemuan diadakan di Jakarta pada bulan Disember

1959 dan kali kedua pada bulan September 1966. Seterusnya pada 16 Ogos

1972, diisytiharkan ejaan baru secara rasmi di kedua-dua negara serumpun itu.

Ejaan baru yang dikenal sebagai 'Ejaan Malindo' ini mengambil jalan

tengah antara ejaan Inggeris dan Belanda dan ini menjadikannya lebih ekonomis

dan terselaras. Namun demikian, dalam hal penyesuaian antara hukum / grafen

Arab dengan fonem Rumi, nampaknya ia masih berada di takuk lama, di mana

masing-masing negara bebas menggunakan ejaan sendiri, terutama yang

berkaitan dengan padanan hukum / grafen Arab dengan fonem Rumi. Ini

kerana Jawatankuasa Ejaan Malindo yang bertemu di Bogor iaitu pada

Ogos 1976 telah bersetuju bahawa istilah transliterasi hanya akan digunakan

dalam bidang agama Islam sahaja iaitu tidak merangkumi seluruh perkataan

Arab yang digunakan dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Untuk menyahut usaha murni tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka

telah mengambil tanggungjawab awal. Berikutnya, dalam buku Istilah Agama

Islam terbitannya pada tahun 1977, antara lainnya, institusi tersebut memberi

padanan kepada huruf 'jj' dengan 'z', 'J>' dengan 'sy\ '£.' dengan 'h',

'^' dengan 't', 'j' dengan 'z' dan 'o' dengan 't'.

28 Engku Ibrahim Ismail & Abdul Ghani Samsudin (1988), op.cit., h. 30.

Jurnal Usuluddin, Bil 21 [2005] 23-38

PEDOMAN TRANSLITERASIDEWAN

Untuk menyesuaikan ejaan Jawi Melayu dengan ejaan Ruminya, maka beberapa

padanan huruf dan transliterasinya dibuat oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,29

yang diharapkan dapat mengelakkan kekeliruan. orang awam terhadap ejaan

beberapa perkataan Arab dalam bahasa Melayu.

Pedoman ini merangkumi aspek-aspek berikut:

1. Konsonan

2. Vokal

3. Kaedah penggunaan alif (f), wau (j) dan ya (c5).

4. Huruf konsonan '5' (ta' marbutah) di akhir kata

5. '«.' hamzat (un)

6. jju (maddat)

7. jjx$3 (sydddat atau tasydid)

8. jij£ (tanwin)

9. J\(al-)

10. Penulisan kata dan huruf

11. Huruf Besar.

la dianggap dapat menyelesaikan sebahagian dengan masalah transliterasi

huruf / grafen Arab ke fonem Rumi walaupun tidak secara keseluruhannya.

Kemudian di dalam Daftar Ejaan Rumi-Jawi, terbitan Dewan Bahasa

tahun 1998, didapati beberapa padanan kepada huruf Arab yang diberi

padanan Ruminya berbeza sedikit daripada buku Istilah Agama Islam. Huruf

'i' dipadankan dengan fonem 's (th)', '£_' dengan 'a' dan 'k', 'J' dengan

'k/q\ 'j' (waw titik di atasnya) dengan V, '£.' dan V dengan 'h', '*)'

dengan 'k', '«.' dengan 'y, i dan e', '£_' dengan 'c', '^' dengan 'ng', 'Lj'

dengan 'p', 'Jp' dengan 'g' dan '&' dengan 'ny'.30

29 Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984),

Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, hh. U5.

30 Dewan Bahasa Dan Pustaka (1988), Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 152

34

Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya Dalam Masyarakat Islam di Malaysia

KESIMPULAN

Tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf al-Qur'an menekankan konsep

keseragaman dalam sebutannya. la perlu disanjung tinggi dan dipelajari oleh

orang-orang Melayu, kerana ia bukanlah suatu perkara yang sukar dan baru

dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu sejak dari kecil lagi telah

diorientasikan dengan tulisan ini melalui pengajian al-Qur'an. Jika dikatakan

tulisan Jawi tidak sekata dan tidak konsisten, maka ia bukanlah boleh dijadikan

alasan untuk kita mengenepikannya.

Bahkan tulisan Latin (Rumi) yang digunakan oleh bangsa-bangsa Eropah

sejak dahulu hingga sekarang pun masih tidak terlepas daripada kelemahan dan

kekurangannya, malahan lebih teruk lagi daripada tulisan Jawi dan Rumi

Melayu. Ini kerana tidak adanya suatu sistem tulisan dan ejaan yang lengkap

dan seragam. Bahasa Inggeris yang diagung-agungkan itupun masih ada

kekurangannya. Fonem 'a' dalam bahasa Inggeris misalnya, kadang-kadang

disebut semacam 'alifmadd' dalam bahasa Arab, seperti pada perkataan

'man', kadang-kadang disebut dengan baris di atas (fathah), seperti pada

'about' dan yang lebih menyulitkan lagi ialah fonem 'u', di mana dibaca

dengan pelbagai bunyi di kalangan orang-orang Eropah, termasuk juga penutur

bahasa Inggeris. Fonem ini kadang-kadang disebut secara berbaris di atas

(nasb) seperti pada 'cut' dan ada pula dibaca semacam berbaris di depan

(dammah) seperti pada 'put'. Oleh kerana kesulitan inilah maka terdapat

kalangan sarjana Barat yang beralih kepada usaha mencipta berbagai-bagai

lambang bunyi bagi menyelesaikan masalah bunyi bahasa yang tidak sekata

sebutannya dalam bahasa Barat.

Penggunaan lambang-lambang tertentu kini jelas terdapat dalam bahasa

Perancis. Oleh itu tiada bahasa di dunia ini yang sempurna pada mulanya dan

apabila berlaku pinjam-meminjam perbendaharaan kata antara bahasa-bahasa di

dunia berlakulah pula perabahan pada perkataan-perkataan pinjaman itu dalam

proses penyesuaiannya dengan bahasa ibunda, sama ada dalam bentuk kata,

tatabahasa mahupun maknanya, iatu suatu yang tidak dapat dielakkan.

Ringkasnya, kata-kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu dan kesesuaian

antara huruf-huruf 'Arab/Jawi dan Rumi perlu diberi perhatian sewajarnya.

Huruf-huruf tertentu seperti '£,', '£_', '£_', 'J>\ 'jfi' dan sebagainya perlu

diberi perhatian khusus terutama apabila ia berkait dengan istilah-istilah agama

Sini, Mahmud Isma'il (1975), Al-Kitabah al-'Arabiyyah wa Atharuha fi

Takmln al-'Adat al-Lughawiyah al-Salimah, Faculty of Art Bulletin, Riyad:

University of Riyadh, hh. 223-226.

Islam agar keaslian bentuk dan maknanya yang melibatkan aspek-aspek

morfologi, sintaksis dan semantik terpelihara dengan baik, sekaligus

keseragaman ejaan dan sebutan (kefasihannya) persis seperti sebelumnya.

Oleh itu dalam usaha kita untuk mengembalikan semula zaman

kegemilangan tulisan Jawi dengan tidak menafikan tulisan Rumi, malah biarlah

kedua-duanya berjalan seiringan, dan ini menampakkan kekayaan skrip

Melayu. Kedua-duanya juga harus dapat mengeja segala bentuk bunyi bahasa

asing khasnya bahasa 'Arab yang lebih rapat hubungannya dengan agama

Islam. Segala kaedah ejaan seperti yang diutarakan oleh sarjana silam seperti

William Marsden, W.G Shellabear, R.J Wilkinson, S.R Winstedt dan Za'ba

perlu diberi perhatian. Saranan-saranan sarjana kini dan kaedah-kaedah ejaan

dan transliterasi yang diutarakan oleh institusi seperti Dewan Bahasa dan

Pustaka yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan

Bahasa Kebangsaan, juga perlu diambil kira agar segala masalah yang

merumitkan istilah Arab dalam tulisan Jawi dapat diatasi.

Bibliografi

Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

(DBP).

Engku Ibrahim Ismail & Abdul Ghani Shamsudin (1988), 'Bahasa Baku: Satu

Sorotan', Kertas kerja Seminar Bahasa Melayu dan Pembangunan Insan,

Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Petaling Jaya, Selangor, 14-16 Oktober

1988.

H. Mohammad Said (1981), Acheh Sepanjang Abad, Medan: P.T Percetakan

dan Penerbitan Waspada.

Kang Kyong Seock (1986), "Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat

Melayu", Tesis Sarjana Sastera di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti

Malaya.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1984), Pedoman Transliterasi Humf Arab ke

Huruf Rumi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

R.J Wilkinson (1954), A Practical Modern Malay Dictionary, London.

(1903/1985), Manuskrip Klasik Kamus Jawi-Melayu-Inggeris,

Melaka: Penerbitan Baharudinjoha Alai.

Sini, Mahmud Isma'il (1975), Al-Kitabah al-'Arabiyyah wa Atharuha fi

Takmln al-'Adat al-Lughawiyah al-Salimah, Riyad: University of Riyadh.

S.R Winstedt (1957), An English Malay Dictionary, Singapore: Kelly &

Walsh.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1998), The Oldest Known Malay

Manuscript: a 16lh Century Malay Transliteration of the 'Aqa'id of

Nasafi, Kuala Lumpur: The University Malaya Press.

(1979), Islam and Secularism, Kuala Lumpur: ABIM.

T. Muhammad Hassan (1980). Bunga Rampai Tentang Acheh, Jakarta: t.p.

The New Encyclopedia Britannica (1943-1974), Vol 1, William & Helen

Hemingway Publishers.

William Marsden (1812), A Grammar of The Malay Language, Cox and

Baylis London.

W.G. Shellabear (1899), A Practical Malay Grammar, Singapore: American

Mission Press.

Za'ba (1942), Petua-petua Ejaan Rumi Melayu di Malaysia, Singapura: t.p.

(1964), Pelita Bahasa Melayu, Jil. 1, Kuala Lumpur: DBP.

Jurnal Usuluddin, Bil 21 [2005] 23-38

Zulkifli Muhammad (1958), Beberapa Masalah Ejaan Perkataan Arab dalam

Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: DBP.

Akhbar

Berita Harian, 2 September 1988 & 27 Oktober 1993.

Utusan Melayu, 6-12 November 2005.

No comments:

Post a Comment