Monday, December 20, 2010

SEJARAH TULISAN JAWI

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Tulisan Jawi juga dikenali sebagai skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita maklum adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun beliau memetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan Jawi didalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu dalam bahasa Minangkabau. Tetapi apa yang jelas disini nama Jawi tersebut tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut Satu Persoalan timbul iaitu dari manakah datangnya istilah Jawi untuk tulisan Jawi ?

Skrip tulisan jawi ini berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan.Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip Jawi mengalami evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.

Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab.

Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu keambang tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi hanya wujud dalam tamadun melayu selepas perang dunia kedua sahaja.(sumber : Kang,1993). adalah merupakan karya yang ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15M hingga awal abad ke-20M.Dalam manuksrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanah bangsa Melayu pada masa dahulu.Manuskrip Melayu

Bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayu dahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti

  • batu bersurat,
  • manuskrip lama,
  • kertas lama,
  • majalah,
  • batu nisan,
  • bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata,duit syiling, batu lontar, tembikar dan seumpamanya
  • ukiran-ukiran pada masjid , istana
  • azimat dan tangkal

Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu telah menyumbangkan kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakan pencipta sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat dipastikan dengan tepat. Berdasarkan lakaran sejarah, tulisan jawi sangat berpengaruh sebagai medium perantaraan masyarakat dan hubungan antara negara luar.


No comments:

Post a Comment